Lebanon Industry Brief
SEE OTHER BRANDS

Catch up with industries and services news from Lebanon

Bitget Wallet Melancarkan Kad Kripto di Asia-Pasifik

SAN SALVADOR, El Salvador, Oct. 16, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget Wallet secara rasmi telah melancarkan Kad Bitget Wallet di pasaran terpilih Asia-Pasifik, memperluaskan penawaran pembayaran kripto mereka ke salah satu rantau paling dinamik di dunia.

Kad Bitget Wallet direka untuk membolehkan perbelanjaan kripto dalam kehidupan harian dengan menghubungkan aset digital yang dikawal sendiri secara langsung kepada lebih 150 juta pedagang Mastercard dan rangkaian Visa di lebih 200 negara. Pengguna boleh memohon kad melalui aplikasi Bitget Wallet, menerima kelulusan serta-merta melalui proses pendaftaran digital sepenuhnya dan menambah kad tersebut ke Apple Pay atau Google Pay untuk diterima di seluruh dunia. Transaksi dibiayai serta-merta melalui pertukaran onchain dan deposit ke dalam USDT dan USDC, manakala tambah nilai adalah percuma.

"Pelancaran Kad Bitget Wallet di Asia-Pasifik merupakan pencapaian penting dalam strategi kami," kata Jamie Elkaleh, Ketua Pegawai Pemasaran Bitget Wallet. "Ia mengukuhkan visi kami bagi menggabungkan kawalan kendiri, pematuhan dan kegunaan dunia sebenar, memberikan pengguna satu pintu masuk untuk berbelanja, menyimpan dan menjana pendapatan dengan aset digital mereka."

Pelancaran ini berlaku Ketika Asia-Pasifik muncul sebagai pasaran kripto yang paling pesat berkembang di dunia, dengan aktiviti onchain meningkat sebanyak 69% dari tahun ke tahun kepada AS$2.36 trilion. Rantau ini kini menjadi pusat utama bagi penerimaan stablecoin oleh institusi serta pembayaran runcit, dengan Asia Tenggara memainkan peranan penting dalam aliran kiriman wang rentas sempadan. Sementara itu, pasaran maju seperti Jepun dan Australia semakin menuntut penyelesaian pembayaran yang telus dan berkesan dari segi kos. Dengan menggabungkan capaian kawalan kendiri Bitget Wallet dan rangkaian pembayaran rakan kongsi global, Kad Bitget Wallet kini mampu menghubungkan aset asli blockchain dengan kewangan arus perdana di seluruh rantau ini.

Untuk maklumat lanjut, layari https://web3.bitget.com/card dan blog Bitget Wallet.

Perihal Bitget Wallet
Bitget Wallet merupakan dompet kripto tanpa jagaan yang direka untuk menjadikan kripto lebih mudah, lancar dan selamat untuk semua. Dengan lebih daripada 80 juta pengguna, ia menghimpunkan rangkaian penuh perkhidmatan kripto, termasuk pertukaran token, cerapan pasaran, pertaruhan, ganjaran, pelayar DApp dan penyelesaian pembayaran kripto. Menyokong lebih daripada 130 rantai blok, 20,000 lebih DApp dan sejuta token, Bitget Wallet membolehkan perdagangan rentas rantaian yang lancar merentasi ratusan DEX dan jambatan rentas rantaian. Disokong oleh dana perlindungan pengguna bernilai lebih $300 juta, ia memastikan tahap keselamatan tertinggi untuk aset pengguna. Visinya adalah "Crypto for Everyone" (Kripto untuk Semua) — menjadikan kripto lebih mudah, selamat dan sebahagian daripada kehidupan harian bagi satu bilion orang.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: X | Telegram | YouTube | LinkedIn | TikTok | Discord | Facebook
Untuk pertanyaan media, hubungi media.web3@bitget.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c3a8a304-4471-4a79-a095-b7a061b2d2a2


Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions